Since it's still in January.i want to type my posts in Malay lah.sounds more interesting :) okeyh.Dalam post yg sebelum ni aku dah cerita yang aku ada sebuah group nasyid yang diberi nama ALAM.Manager kitorang ialah abg Zul Zamri daripada kumpulan IN-TRACK.Bagi aku..kumpulan ini sangattt istimewa.Kerana dengan hadirnya kumpulan ini,hari-hariku menjadi indah.Kitorang berkongsi kasih-sayang dan gelak tawa sesama.Membuatkan hari gelapku bertukar menjadi cerah.Aku amat mencintai ALAM sebagaimana aku mencintai diriku sendiri :) Tidak lengkap tanpa pengurus kami,abg zul,
dia merupakan seorang insan yang amat ku sayangi.Dia nilah merupakan guruku,idolaku semenjak aku mula kenal dia pada penghujung tahun 2010.Begitu mulia.Itu je yang mampu aku ungkap.Keperibadiannya yang sentiasa berpegang pada ajaran Allah amat ku sanjung.Dia merupakan seorang insan yang amat berbakat.Tiap kali alunan suaranya begema,aku bagaikan terpukau oleh kemerduannya.Semenjak perpindahan guru muzik kitorang,Madam Juncy ke sekolah seni.Kitorang ketandusan ilmu.Kitorang tercari-cari siapa lg la yang sudi menumpahkan jasanya buat ktorang.Sehingga suatu hari di Kem Seni,abg zul mempelawa Chukie untuk membuat persembahan bersama-sama kumpulan diorang.Kitorang pun start la berharap sgt-sgt atas cadangan yang diberikan.Tanpa ragu-ragu,kitorang bersetuju dan disitulah..hari-hari indah bermula :)
abg Zul ni tidak kenal erti "kalah".Dia tekun dalam usahanya dan yakin untuk berjaya.Dia tidak pernah meninggikan suaranya sepanjang pengajaran muzik dijalankan.Walaupun ada beberapa perkara dari ktorang yang mungkin melukakan hatinya,dia tetap terus senyum dan bersabar.
Abg Zul adalah salah seorang daripada kumpulan IN-TRACK.Kami,kumpulan ALAM adalah anak didik IN-TRACK dan juga merupakan artis naungan Ebza Production and Management.Abg Zul merupakan ahli yg tertua di dalam kumpulan tersebut.Dia mempunyai ribuan idea menarik dalam melaksanakan kerjanya dan disayangi oleh semua orang.Kami amat bersyukur kerana dianugerahkan peluang untuk bertemu dengan insan yang sehebat ini dalam usia yang amat muda.Terima kasih Ya Allah ;)
Persembahan yang dicadangkan mengambil masa beberapa minggu untuk menjalankan latihan.Persembahan ini merupakan konsert untuk mengingati Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W pada malam tahun baru iaitu Konsert Malam Gemilang Nasyid Sarawak yang telah dianjurkan oleh Hawary Consultant and Management.Ia adalah sesuatu yang kami idam-idamkan sesangat kerana tak mudah untuk mendapat peluang menubuhkan kumpulan sendiri dan membuat persembahan dihadapan khalayak ramai tanpa latar belakang sekolah.Cuti hujung tahun kami habiskan dengan pergi ke studio untuk memantapkan lagi persembahan kami kelak.Tidak lupa juga kepada abg eek ,
kerana telah bersusah payah dalam menyelesaikan masalah kenderaan kami.hee.Pada malam konsert tersebut,Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.Kami mempersembahkan lagu Permaidani daripada Aris ariwatan
dan menjadi "background teater" untuk lagu Gazaku Menangis yang dipersembahkan oleh kumpulan IN-TRACK.Dalam lagu tersebut,kami memakai jubah dan topeng apabila melakukan pergerakan-pergerakan untuk memaparkan simbol-simbol ketakutan dan kesengsaraan rakyat di Gaza.
Selepas konsert berakhir so kitorang bercadang la nak celebrate new year kat KFC.Terpaksala abg eek sponsor kreta dia.Terpaksa buat second trip pulak tuh.Kesian.Waktu dkat KFC..abg zul dgn abg is byk brcerita tntang pengalaman diorang.Diorang byk mnyedarkan aku yang tiap masa yang aku ada tu amat berharga.Kami mmg enjoy sgt2 waktu tu sampai tak sedar hari dah pagi.Aku ingat lagi yang aku sampai rumah pukul 3 pagi.haha.Kitorang gelak dalam tu sampai nak pecah perut.Abg zul,abg is and abg eek tak brenti buat lawak.Dahtu..abg zul pun suroh kitorang cerita tntang azam masing2.Kebanyakannya semua mintak nk jd rajin.Al maklomla org nak ambik exam besar.SPM and PMR. XD bagi aku..hari tu mmg best giler.Aku tak pernah dapat rasa malam new year yang mcm ni.Alhamdulillah :)
0 comments:
Post a Comment